BIODATA

Adli bersama Ayah (Abdullah Hassan) dan Emak beliau (Siti Ramuna Mat Isa)
Adli Abdullah atau Khairul Adli Abdullah adalah seorang penulis OKU (buku & majalah), penyair, blogger dan vlogger yang dilahirkan normal dan cukup sifat, berasal dari Jasin, Melaka. Merupakan anak kepada sepasang guru dalam subjek Sejarah dan Matematik.



Adli bersama keluarga besarnya semasa Aidilfitri 1436H/2015M
Seorang yang tabah dengan penyakit ‘Muscle Dystrophy’ dan ‘Saraf’ yang dialaminya semenjak berumur 10 tahun. Namun, Adli terus bangkit dengan berani dan tanpa putus asa.


Deklamasi Puisi: Warna-Warni Hari Malaysia - "Luahan hati rakyat"

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Tidak kurang juga beliau mempunyai kemampuan dalam bidang rekaan web dan grafik.


Bersama YDP ABIM Negeri Melaka dan mantan Ketua Helwa
Adli mewarisi perjuangan Ayahnya yang pernah berkhidmat di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Melaka, sebagai Exco Penerangan. Dan secara rasminya khidmat beliau bermula pada Mei 2012. Sebagai salah seorang kakitangan ABIM, beliau bertanggungjawab dalam pengurusan IT dan rekaan grafik bagi organisasi berkenaan.



PENCAPAIAN


SEPTEMBER 2016: Artikel kedua berjudul 'Meneladani Sunnah' - Majalah Dakwah - Edisi September/Oktober 2016

JUN 2016: Puisi 'Merimbun Syukur' - Dewan Siswa

DISEMBER 2015: Puisi 'Bukan Penghukum' - Dewan Siswa

SEPTEMBER 2015: Artikel berjudul 'Jangan Gaduh, Tenanglah Wahai Saudaraku' - Majalah Dakwah - Edisi September/Oktober 2015

OGOS 2015: Puisi 'Rebah' - Jendela Selatan


30HB APRIL 2015: Cerpen 'Helah Dunia', termuat di dalam buku antologi cerpen 'Biru Langit Itu'. Lahir daripada Pertandingan Penulisan Cerpen Dakwah 'Menjejak Cinta' 2014, anjuran YADIM. 

Dinobatkan sebagai salah seorang 25 penulis terbaik daripada 347 penyertaan setelah melalui 3 saringan.

26HB APRIL 2015: Lahirnya antologi cerpen kedua bersama 49 orang rakan penulis mapan dan baharu, bertemakan zaman persekolahan dengan judulnya, 'Kapur Kasut vs Kapur Tulis'.

1 APRIL 2015: Puisi 'Penawar Resah' - Dewan Siswa

OKTOBER 2014: Cerpen 'Penyair Idamkan Melodi' - Jurnal JOM SASTERA

SEPTEMBER 2014: Puisi 'Celaru' - Tunas Cipta

OGOS 2014: Puisi 'Teman Yang Hilang' - Jendela Selatan 



25HB APRIL 2014: Secara rasminya Adli mula bergelar sebagai seorang penulis buku. Beliau bersama 49 orang rakan penulis mapan dan penulis baharu terlibat menulis sebuah buku antologi (himpunan karya) berunsur motivasi dan inspirasi berjudul, 'Kapsul Nurani'.

Dalam bulan yang sama juga, sebuah karya puisi beliau berjudul, 'Bukan Untukku' tersiar di dalam Majalah Rebel (dahulu Legasi) – Edisi Graviti, terbitan Legasi Oakheart.

21HB FEBRUARI 2014: Puisi 'Rintihan Palestin' - Jendela Selatan

Adli Bersama Pak Samad Di Hari Malaysia 2013
15HB SEPTEMBER 2013: Buat julung kalinya dalam sejarah hidup Adli, beliau diundang membuat deklamasi puisi di hadapan khalayak ramai, dalam majlis yang gilang gemilang, 'Warna-Warni Hari Malaysia' – “Luahan hati rakyat”, bertempat di Bukit Katil, Melaka yang turut dihadiri Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said. Puisi yang dipersembahkan berjudul, Resam Pejuang.

Beberapa bulan sebelum itu, sebuah karya puisi Adli berjudul, 'Damba Restu Kekanda' tersiar di dalam slot Mutiara Kata di stesen radio Melaka.Fm.

VISI & MISI

Visi dan misi Adli adalah ingin menghasilkan pelbagai karya sastera bercetak seperti buku yang sarat dengan nilai-nilai positif yang membina peradaban serta mendidik masyarakat secara keseluruhannya.

Youtube: http://www.youtube.com/user/adirul85
Laman Blog: http://adliabdullah.blogspot.my
Twitter: http://www.twitter.com/adliabdullah85
Instagram: http://www.instagram.com/adliabdullah.official

4 ulasan:

  1. teruskan usaha moga Allah merahmati usaha mu dan kamu tergolongan orang-orang yg beriman dan bertakwa...ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahumma ameen.. Terima kasih atas doa dan sokongannya.. ;)

      Padam
  2. Allahuakbar, semoga Allah terus merahmati usaha Tuan :)
    btw, nice entry, nice blog...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jazakallahu khair.. Apa pun, syukran sudi ziarah blog ana.. Akhie menuntut di Mesir ya? :)

      Padam