Ramadhan telah melangkah pergi meninggalkan kita, Syawal pula menjelma. Ingin saya menyatakan perasaan saya pada penghujung Ramadhan. Entah mengapa tiba-tiba sahaja hadir suatu perasaan yang aneh pada diri saya. Seketika sedih, seketika gembira (unstable emotion). Saya bersedih kerana Ramadhan telah sampai ke penghujungnya. Berakhirlah sudah bulan ibadah, bulan seribu bulan, bulan rahmat dan bulan keampunan. Dapatkah saya bertemu Ramadhan akan datang?
Sedih itu juga kerana hari raya pertama pada tahun, ini saya tidak berpeluang beraya bersama kekanda-kekanda saya. Satu sahaja harapan saya pada Allah SWT, mudah-mudahan segala amalan baik diterima dan dihapuskan segala amalan buruk.
Tetapi selepas itu perasaan gembira pula hadir, kerana saya tahu mereka akan pulang jua pada raya kedua dan ketiga. Dan juga gembira kerana di hari itu saya dapat berkumpul bersama-sama keluarga tercinta. Mungkin juga perasaan yang tidak stabil tersebut timbul kerana saya kurang sihat pada ketika itu. Alhamdulillah, hari ini saya kembali ceria kerana Uda telah pulang dan juga saya telah kembali sihat.
Oleh itu hargailah keluarga kalian selagi mereka masih ada terutamanya bonda dan ayahanda kalian. Dan saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan dan para pembaca blog saya.
Raikan hari raya dengan penuh kesyukuran dan raikanlah dengan warna-warna keceriaan. Maafkan sayakerana lambat membuat ucapan, dan maafkan segala salah silap saya dalam berbicara.
Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan di terima Allah. Dan semoga anda bergembira di hari raya.