Ahmad Ammar Seorang Al-Fateh!

Sumber: Abu Akhyar Al-Qudsi

As-syahid Ahmad Ammar, seorang pemuda berkeperibadian mulia, hebat semangat juangnya, seakan merupakan sebuah fenomena. Kisah pemergiannya sudah menjadi viral di laman sosial Facebook. Kesannya amat berpengaruh hingga yang di luar keluarga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang tidak mengenali pun tersentak sebak menitiskan air mata kerana turut merasai kehilangan sebutir permata yang menyinar.


Ini petanda jelas, bahawa bapa as-syahid Ahmad Ammar, Tn. Hj. Ahmad Azam yang merupakan mantan Presiden ABIM, telah berjaya merealisasikan apa yang diperkatakan beliau sebelum ini agar umat Islam melahirkan anak-anak sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh! Tampaknya Ammar berjaya dilentur menjadi seorang Al-Fateh. Cuma agak dukacita usianya terlalu singkat.

Sungguh pun begitu, pemergiannya tidaklah sia-sia. Mungkin benar seperti kata salah seorang sahabat Ammar, Abu Akhyar Al-Qudsi, "Barangkali Ammar adalah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa-jiwa yang lain. Dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut."

Moga fenomena Ammar ini, menjadi iktibar yang bertali arus agar terlahirnya lebih ramai Al-Fateh yang bakal mengembalikan kegemilangan khalifah Islam.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
23hb November 2013
http://adli-abdullah.blogspot.com/
https://www.facebook.com/adli.abdullah

2 ulasan:

  1. Abang dah tonton video pengkebumiannya dalam youtube? Sungguh syahdu. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah, Hanif. Memang pilu.. Namun, ibu dan bapa allahyarham tampak cukup tenang.. :')

      Padam