Mengecilkan Applikasi Windows


Kali ini saya ingin membicarakan mengenai sebuah perisian yang saya terjumpa baru-baru ini. Iaitu AppCompactor. AppCompactor di perkenalkan oleh John T.HallerIa  memadatkan atau mengecilkan apa sahaja aplikasi windows, lebih kurang 10-30%.

Kalian boleh memilih pelbagai jenis pemadatan (compression). Ia boleh berfungsi terus dari thumb drive/flash drive atau dari external storage. Saya mengesyorkan perisian ini kepada para pengguna laptop atau desktop yang mempunyai storage/simpanan yang kecil. Ia akan menjadikan komputer kalian kekal mudah alih.

Oleh itu, jika kalian ingin muat turunnya, sila klik di sini.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
5hb November 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com

Teman Sepermainan Melangkah Ke Gerbang Penikahan!

Zaid sangat tenang

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat pengantin baru kepada teman sepermainan saya sewaktu kecil.

Mohd Zaid Harithah Abd. Rahman adalah seorang guru di Kor Pendidikan, Kementerian Pertahanan. Beliau adalah sahabat karib/sepupu saya. Pejam celik pejam celik, kami sudah melangkah ke alam dewasa dan mempunyai haluan hidup masing-masing. Zaid sudah pun menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Walau apa yang terjadi, kami akan sentiasa menjaga persahabatan kami. Itulah janji kami berdua. Cincang air tak akan putus.

Pada 24 Oktober 2008 yang lalu, berlangsungnya majlis pernikahan beliau. Beliau bernikah dengan orang Pahang. Tetapi saya tidak berpeluang untuk hadir di hari pernikahan tersebut, atas sebab-sebab tertentu. 



Ibu pengantin lelaki terharu

Begitu juga pengantin perempuan

Walau bagaimana pun  di hari berikutnya saya tetap datang ke Pahang demi menghadirkan diri pada majlis keraiaan beliau di rumah pihak pengantin perempuan. Demi sahabat karib, saya tetap mengagahkan diri. 

Bagai pinang di belah dua


Sebahagian daripada rombongan pengantin lelaki

Abang Ngah dan Imtiyaz

Hantaran sebelah pihak lelaki (jika tidak silaplah)

Hantaran sebelah pihak perempuan

Malangnya saya tiba agak lewat, lebih kurang pada jam 2 petang. Setibanya di sana, saya dimarahi oleh Abang Long saya, marah-marah sayang. hehe. Zaid sudah naik angin, kerana pihak perempuan sudah bising, rombongan pihak lelaki (Zaid) masih belum sampai. Mereka sudah lama menunggu. Kami benar-benar tidak tahu dan tidak menyangka Zaid menunggu kami untuk mengiringi beliau ke rumah pihak pengantin perempuan. Apa yang saya tahu, hanya untuk menghadirkan diri sahaja.

Lantas saya memberikan penjelasan pada Abang Long. Setelah saya memberikan penjelasan yang terperinci. Akhirnya Abang Long tahu, bahawa saya tidak bersalah. Maka, siapakah yang bersalah di atas kelewatan rombongan pengantin lelaki? Persoalan yang tidak mudah untuk dirungkai. Lalu Abang Long berkata, "Ini adalah kerana kegagalan komunikasi." Maknanya komunikasilah yang patut dihukum. hehe. 

Itulah asam garam kehidupan. Hidup ini tak lari dari masalah. Perselisihan faham boleh berlaku di antara sesama insan, terutamanya dalam hubungan rumah tangga dan juga kekeluargaan. 

Begitu juga hubungan adik beradik. Saling menuding jari di antara satu sama lain, tidak akan menyelesaikan masalah. Bahkan akan lebih mengeruhkan keadaan. 

Namun apa yang penting kita harus bijak menanganinya. Kita harus berfikiran rasional dan positif. Tetapi jika sebaliknya, salah yang kecil pun boleh menjadi besar, yang besar apatah lagi.

Oleh itu jika anda ingin melakukan apa jua majlis, pastikan membuat perancangan yang teliti. Dan pastikan tidak berlaku kegagalan komunikasi. Jika tidak, akan menimbulkan suatu keadaan yang tidak baik.   

Apa pun, saya tetap amat gembira untuk Zaid. Insha-Allah pada 8hb November ini pula akan berlangsungnya majlis keraiaan di rumah pihak pengantin lelaki (Zaid).

Apa yang saya harapkan, semoga Zaid bahagia bersama Fadhilah dan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Jika mereka ada masalah, tidak kiralah sama ada kecil atau besar sekali punmudah-mudahan mereka dapat mengatasinya dengan matang dan bijaksana.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
1hb November 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com