Pratonton Album - Yang Benar Tetap Benar!


Tahun Baru Cina pada kali ini, saya tidak menerima hadiah 'angpow'. Sebaliknya saya menerima hadiah album sulong Algebra Band - Yang Benar Tetap Benar, ianya pemberian daripada Abang Long saya. Cd tulen, bukan cetak rompak tahu.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi kisah band tersebut dan album sulong mereka kepada anda sekalian. Algebra adalah band Nasyid pertama di Malaysia.

Algebra terdiri daripada 5 orang anggota iaitu:  
1. Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar)
2. Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer)
3. Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist)
4. Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar)
5. Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer)


Mereka merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com. 

Mereka juga adalah artis pertama seumpamanya di Malaysia yang mendapat kerjasama dan pengiktirafan oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan DrMAZA. Kesemua lirik-lirik lagu di dalam album Yang Benar Tetap Benar terhasil daripada puisi-puisi karya beliau sendiri. Di situlah kelainan yang ada pada album sulong Algebra berbanding dengan artis-artis Nasyid tanahair yang lain.

Algebra pernah ditanya sebuah soalan oleh seorang komposer terkenal,

Komposer:
Bagaimana Dr. MAZA mengizinkan anda menjadikan puisi-puisi beliau sebagai lagu yang berentak Band(menggunakan mainan muzik bertali)? Sedangkan ada pendapat Ulama' menyatakan mainan muzik bertali ini adalah haram!.
Algebra:


Tidak ada nas atau dalil yang sahih menyatakan begitu. 

Kesimpulannya mudah sahaja, termaktub dalam syariat, apa sahaja perkara yang berunsur melaghakan itu adalah haram, contohnya muzik dan nyanyian. Tetapi apabila ia digunakan untuk Islam yakni berdakwah demi kebaikan, ia menjadi keharusan, contohnya irama Nasyid.

Jadi di sini tidak timbul sama ada sesuatu lagu Nasyid itu menggunakan mainan muzik bertali atau tidak. Paling penting ia mampu memberi impak yang positif dalam menyampai dakwah dan mendidik masyarakat Islam khususnya. Jika ke semua lagu Nasyid dapat dihasilkan dengan baik, sedap dan menarik, ia adalah tidak mustahil dapat menarik golongan bukan Islam terhadap Islam.

Antara track yang termuat dalam album tersebut:
1. Aku bukan musuh harta 
2. Puisi - Inilah politik namanya
3. Aku rela
4. Daerah ini
5. Islam di China
6. Derita hati seorang Bonda
7. Puisi dunia
8. Suara Tajdid Kami
9. Puisi - Salah menduga
10. Yang benar tetap benar

Baiklah saya ingin berkongsi lagu-lagu daripada album Yang Benar Tetap Benar dengan anda sekalian. Ke semua lagu-lagu dalam album tersebut sedap-sedap belaka. Lagu Puisi Dunia agak menarik dan unik, kerana ia mengandungi sedikit unsur Hip-Hop.

Tetapi saya hanya boleh berkongsi dengan anda sekalian hanya sedikit info sahaja, kerana segalanya adalah pratonton semata-mata. Jika anda ingin mendapatkan album tersebut, sila dapatkan di kedai muzik berhampiran anda. Harganya cuma, RM26.90.

Juga boleh mendapatkan secara terus dalam talian di Kedai-Nasyeed.Com. Ingat, beli cd yang tulen bukan cetak rompak. Sokonglah industri nasyid tanahair!

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
26hb Januari 2009
http://adli-abdullah.blogspot.com