Allah SWT memberi ujian dalam pelbagai bentuk. Adakalanya Dia beri ujian untuk amalan, perbuatan, kerja-kerja kebaikan yang dilakukan. Umpamanya, apabila kebaikan yang kita lakukan dengan kepayahan dan usaha yang gigih tidak dihargai dan tidak mendapat sambutan. Setelah dari itu berkemungkinan kita merasa putus asa untuk istiqamah dalam melakukan setiap kebaikan. Justeru itu, ada beberapa perkara yang perlu difahami.
TIDAK
DIHARGAI ADA HIKMAH
Sesungguhnya, ada hikmah di atas kekecewaan
yang menimpa itu. Mungkin Allah SWT ingin menguji hambaNya, sama ada niat
seseorang itu melakukan sesuatu perkara atau perbuatan yang baik itu kerana
material, makhluk, riak, berpura-pura (munafik)? Atau pun kerana keimanan,
ketaqwaan, keikhlasan demi menggapai redhaNya? Sabda Nabi SAW,
"Setiap amalan bermula dengan niat." (Riwayat Al-Bukhari)
PUDARNYA
KEIKHLASAN
Kemudian timbul persoalan, adakah kebaikan
yang dilakukan itu demi memburu redha Allah atau redha manusia? Apakah kita
ikhlas atau tidak melakukannya? Terkadang dalam memburu redha Allah, keimanan
dan keikhlasan teruji. Sesungguhnya keikhlasan itu tidak bisa dilihat dengan
mata kasar. Hanya Allah SWT dan si pemilik hati saja yang tahu. FirmanNya,
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali-'Imran: 29)
PUTUS
ASA MENJADI BAIK
Apabila kita berputus asa melakukan kebaikan,
perlu muhasabah diri, mungkin ada kesilapan di mana-mana. Dan hati-hati,
mungkin itu adalah 'Talbis Iblis' (Bisikan Iblis). Iblis dan syaitan tidak
pernah berputus asa untuk menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat.
Tiada jalan pintas ingin menjadi baik.
Ingin jadi baik perlu dengan kesabaran dan keikhlasan. Sesungguhnya syurga itu
adalah motivasi untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan. Manakala Neraka pula
motivasi untuk menghindari daripada segala keburukan dan kemaksiatan. Firman
Allah SWT,
“Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang taqwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.” (Surah Ar-Ra’d: 35)
Sekian,
Wallahu'alam.
Adli
Abdullah
14hb
November 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan