Aidiladha 1429 Hijrah


Nampaknya raya Aidiladha kali ini lebih meriah dari raya Aidilfitri pada bulan Syawal lalu. Kerana pada hari ini semua kekanda-kekanda saya pulang ke kampung untuk beraya bersama saya, mak dan juga ayah.

Berbeza dengan perayaaan Aidilfitri lalu, kerana di ketika itu semua kekanda-kekanda saya giliran beraya bersama mertua masing-masing. Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira.


Baiklah, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh muslimin muslimat terutamanya yang mengenali diri saya yang kerdil ini.

Marilah kita bersama-sama menghayati ketabahan, kesabaran, keikhlasan dan juga pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS sebagai inspirasi buat kita semua agar menjadi hamba yang taat dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Insha-Allah.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
6hb Disember 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com