Nampaknya raya Aidiladha kali ini lebih meriah dari raya Aidilfitri pada bulan Syawal lalu. Kerana pada hari ini semua kekanda-kekanda saya pulang ke kampung untuk beraya bersama saya, mak dan juga ayah.
Berbeza dengan perayaaan Aidilfitri lalu, kerana di ketika itu semua kekanda-kekanda saya giliran beraya bersama mertua masing-masing. Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira.
Baiklah, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh muslimin muslimat terutamanya yang mengenali diri saya yang kerdil ini.
Sekian,
Wallahu'alam.
Adli Abdullah
6hb Disember 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com