Perisian Dvd Ripper
Kali ini saya ingin membicarakan mengenai Perisian Dvd Rip. Fungsinya adalah untuk rip wayang Dvd ke dalam PC. Setelah sekian lama saya mencari dan terus mencari, akhirnya saya menemui sebuah Perisian Dvd Rip iaitu Xilisoft DVD Ripper Ultimate 5. Ianya sangat mudah digunakan. Kebiasaannya anda hanya perlu pilih untuk rip adalah fail track_01, track_02. Manakala fail yang selebihnya tidak perlu. Kalian boleh memilih untuk rip kepada berbagai jenis format, seperti ASF, AVI, DIVX Movie, MOV - Quicktime, MP4, MPEG-1 Movie, MPG-2 Movie, MPEG-4 AVF Video dan lain-lain lagi.
Tetapi saya syorkan memilih format DIVX Movie atau MP4. Kerana saiznya jauh lebih kecil daripada saiz asal Dvd dan juga berkualiti, iaitu 2.00 Gb ke bawah. Seterusnya anda boleh memilih kualiti video dan audio yang anda inginkan. Akhir sekali kalian perlu memilih sarikata dalam bahasa yang dikehendaki. Dan lepas itu terus saja rip dengan klik Butang Merah. Itu sahaja yang perlu dibuat. Sekiranya anda inginkan perisian tersebut, anda boleh muat turun atau membelinya menerusi Download.Com/Xilisoft-Dvd-Ripper.
Insan seperti saya memang memerlukan perisian sebegini. Kerana apa, saya jarang sangat membeli wayang Dvd. Dan kebiasaannya saya teramat suka pinjam wayang Dvd daripada abang long saya. Aduhai. Kemudian, saya terus rip ke dalam PC saya. Ada kalanya saya suka juga menyalin wayang yang di muat turun dari laptop abang lang saya. Jika ada masa terluang, dan di kala waktu sambungan internet saya bagus, saya lebih suka muat turun dari internet. Baiklah, nanti kalian cubalah perisian tersebut. Sangat bagus dan mudah.
Untuk memainkan fail video DIVX Movie, pastikan PC anda mempunyai Codec. Ada berbagai jenis Codec, seperti XPCodec, K-Lite Mega Codec, Vista Codec dan lain-lain lagi. Kalau K-Lite Mega Codec boleh di muat turun dari Download.Com/K-Lite Mega Codec.
Sekian,
Wallahu'alam.
Adli Abdullah
15hb Ogos 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan