Pesanan CD Hijjaz



Setelah hampir 2 minggu lebih saya menunggu Cd Hijjaz - Selawat Nabi yang dipesan terus menerusi laman web Hijjaz Records. Alhamdulillah, akhirnya cd tersebut tiba jua pada Khamis lepas. Lega rasanya. Masa belum sampai, risau juga. Iyalah, sebab sudah dibayar.

Pada pandangan saya, album tersebut memang syok, terutamanya lagu Allahummasolli. Apa yang bagusnya, ia dapat memupuk rasa kecintaan pada Nabi SAW. Apabila saya dengar lagu-lagu tersebut, rasa bersemangat untuk selalu berselawat padanya. 

Jika anda inginkan mendengar lagu-lagu tersebut, dapatkan dipasaran. Pastikan Yang Original. Lebih mudah dapatkan menerusi online Hijjaz Records.

Kepada sesiapa yang jenis memang payah benar nak berselawat, ini adalah diantara caranya. In Shaa Allah, ia pasti akan membangkitkan rasa kasih dan kecintaan yang mendalam terhadap Nabi SAW.

Adli Abdullah
31hb Ogos 2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan