Strategi Perniagaan Unta Abdul Rahman Bin Auf

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya...

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual "tali pengikat unta". Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Hebat!

Strategi ini walaupun telah dilakukan pada zaman 
Rasulullah, kalau di lihat zaman ini, banyak perniagaan menggunakan kaedah yang sama. Air Asia adalah antara yang menggunakan kaedah ini. Cuba fikirkan bagaimana Air Asia mengenakan tambang rendah (ada yang pada RM0), dan mengenakan bayaran pada produk dan perkhidmatan lain. Hmmm... nampaknya kaedah Air Asia bukanlah kaedah yang baru :)

Sumber: RahsiaInternet

4 ulasan:

  1. a'kum... memang kalau dalam trading/perdagangan, barat telah lama mengkaji melalui Abdul Rahman punya cara... bukan setakat Airasia, malah yg lebih dulu dari tuh ialah Carrefour,Giant,Wallmart, etc... mereka melihat jualan adalah melalui volume/jumlah dagangan/jualan.... so biar jual murah/ambil untung sikit, tapi jual dalam volume yg banyak... bayangkanlah jumlah gudang yg dimiliki oleh Abdul Rahman bin 'auf, iaitu terlalu banyak, dimana kunci untuk gudangnya sahaja dibawa oleh 7 ekor unta...!!!
    tidak termasuk kabilah yang dimiliki/mengiringinya... iaitu jumlah kabilah itu terlalu ramai sehingga kalau nak tahu Abdul Rahman bin 'auf ni nak sampai/datang... jauhnya 3 batu boleh dengar dah kuda2 yang dipacu oleh mereka... tu belum sampai lagi orang dah tau... dah mai dah depa..... dah mai dah....
    ((***)) samkatana
    peace
    ;p

    BalasPadam
  2. wasalam.

    wah hebat sungguh Abdul Rahman Auf. deli pun tak tahu pasal ni. thanx a lot bagi tahu. :)

    Patut ler barang2 Supermarket tersbut murah ye. dia org gunakan cara perniagaan yg islamic ye. Tapi di zaman ini kadang2 ada segelintir pedagang islam tak islamic perniagaan mereka. cekik darah, nk untung besar jer kejanya.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Kisah2 abdul Rahman bin "auf ini lah yang banyak disorokkan oleh barat. Yang banyak orang2 kita didedahkan adalah kisah2 sahabat yang zuhud, meninggalkan dunia dan sebagainya, walhal para sahabat ini menjadi orang2 yang berjaya di dalam hidup selepas peristiwa hijrah. Wallahu 'alam.
    Alongmautolong....tapi bagaimana ya..

    BalasPadam
  4. wasalam. betul tu along. sbb itulah org barat lebih maju dari kita. kdg mereka lebih tahu dari org islam sendiri mengenai kehebatan para sahabat dan mengadaptasi dlm cara dia org bekerja dan berdagang. kdg2 dia org lg islamik dlm bekerja. tp silap org kita sendiri. yg tahu xnk dedahkan pasal kehebatan islam. insyaAllah adik akan cuba mendedahkan info2 kehebatan islam dlm segala aspek yg perkara tesebut mmg asalnya dr islam. smoga islam akan dpt bangkit semula. ameen.

    BalasPadam