Bayi & hikmah tabiat mereka


Satu kelahiran yang dinanti penuh kerinduan. Terpancar kegembiraan terpadam rasa rindu tika saat dilahirkan. Dunia bagaikan berubah. Itulah rezeki dan amanah dari Allah. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencoraknya.

Teringat pada seorang sepupu saya yang masih bayi. Memang hangat. Mana2 je ada orang nak dukung. Comel :)..
Ada beberapa aksi dan tabiat bayi yang mempunyai hikmah di sebaliknya. Antaranya:


Menangis ketika dilahirkan. Menjadi fitrah seseorang bayi yang normal, menangis ketika dilahirkan. Tangisan adalah keadaan normal yang menunjukkan bayi menggunakan organ2 mereka.

Hisap jari. Kelakuan menghisap jari dalam kalangan bayi adalah normal dan juga merupakan satu fitrah. Bayi yang menghisap jari ni sebenarnya nak melatih dan membiasakan otot2 pada mulut mereka untuk penyusuan dan lain2 yang melibatkan penggunaan mulut dan bibir.

Mungkin ada yang dah tahu dan perasan hikmah di sebalik aksi2 dan tabiat macam ni. Sememangnya ciptaan Allah adalah unik dan hebat!

Sukarnya Menjadi Kreatif


Setelah saya menelan habis semua ubat Antibiotik, alhamdulillah barulah saya pulih sepenuhnya daripada demam panas yang saya alami selama seminggu. Lantaran dari itu membuatkan saya rindu untuk kembali menulis. Tetapi selama mana saya terpaksa berehat sewaktu demam, membuatkan saya berfikir betapa sukarnya untuk membentuk minda yang kreatif.

Dalam kebingungan dan kekeliruan, saya terus 'Google' di internet terjumpa fakta ini:


Menurut buku On Creativity: Awakening the Creative Mind yang telah dikarang oleh Leo Ann Mean, orang kreatif kebiasaannya memiliki ciri-ciri seperti berikut:

1. Sukakan cabaran (adventurous)
2. Risk-taker
3. Bersikap keanak-anakan (playful and child-like)
4. Memiliki ‘sense of humour’
5. Berdikari (independent)
6. Idealistik (idealistik)
7. Berkeyakinan (confident)
8. Spontan (spontaneous)
9. Bertenaga (energetic)


Manakala ada juga pendapat yang saya baca menyatakan pemikiran yang positif juga boleh membentuk minda yang kreatif. Semasa zaman kanak-kanak, saya pernah bertanya kepada Abang Long saya, "Selepas langit ada apa?" Namun sehingga kini tahun demi tahun telah berlalu saya masih belum menemui jawapannya.

Tetapi apabila kita melihat fakta daripada buku yang dikarang oleh Leo Ann Mean itu, saya rasa ke semua sifat-sifat tersebut, yang ada pada saya hanya 3/9.

Penulisan setelah pulih dari kesakitan

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
14hb Oktober 2009
http://adli-abdullah.blogspot.com

Tips - Streamyx



Komputer kalian menghadapi masalah capaian kelajuan Streamyx yang lembab? Saya ada cara untuk mengatasi masalah tersebut! Ia akan meningkatkan kelajuan Streamyx kalian ke tahap maksimum dan konsisten. Perubahan yang ketara kalian akan rasai adalah dari segi fungsi muat turun data dari pelayan internet.


Telah diuji di makmal, dan terbukti ianya berkesan. Tetapi tip ini hanya untuk pengguna Windows Vista.

Berikut adalah resepi tersebut, caranya mudah sahaja:

1. Enable Network Adapter Flow Control.


(a). Klik kanan pada 'Computer' dan klik 'Properties'.




(b). Apabila telah masuk ke dalam System dan klik pada 'Device Manager' di sebelah kiri.



(c). Klik kanan pada 'Device' di bawah 'Network Adapter' tab dan pilih Properties.



(d). Klik 'Tab Advanced' dan klik 'Flow Control' dalam Property dan tukar Value kepada 'Flow Control Rx/Tx Enabled'.


2. Disable Auto Tuning Level.


(a). Klik 'Start' dan taip 'Command Prompt' dalam kotak 'Search' dan klik kanan pada 'Command Prompt' pilih 'Run as Administrator'.



(b). Di dalam 'Command Prompt' dan taip "netsh interface tcp set global autotuning=disabled" dan tekan enter.




(c). Akhir sekali dan 'Restart Windows'.

Itu sahaja. Sememangnya mudah untuk kalian lakukan. Tetapi jika kalian kurang faham silalah lontarkan pertanyaan kepada saya di dalam ruangan komen (bawah), atau melalui e-mel, di adirul85@gmail.com.

Sekian,

Wallahu'alam.


Adli Abdullah
28hb Mac 2009
http://adli-abdullah.blogspot.com

Pratonton Album - Yang Benar Tetap Benar!


Tahun Baru Cina pada kali ini, saya tidak menerima hadiah 'angpow'. Sebaliknya saya menerima hadiah album sulong Algebra Band - Yang Benar Tetap Benar, ianya pemberian daripada Abang Long saya. Cd tulen, bukan cetak rompak tahu.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi kisah band tersebut dan album sulong mereka kepada anda sekalian. Algebra adalah band Nasyid pertama di Malaysia.

Algebra terdiri daripada 5 orang anggota iaitu:  
1. Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar)
2. Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer)
3. Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist)
4. Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar)
5. Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer)


Mereka merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com. 

Mereka juga adalah artis pertama seumpamanya di Malaysia yang mendapat kerjasama dan pengiktirafan oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan DrMAZA. Kesemua lirik-lirik lagu di dalam album Yang Benar Tetap Benar terhasil daripada puisi-puisi karya beliau sendiri. Di situlah kelainan yang ada pada album sulong Algebra berbanding dengan artis-artis Nasyid tanahair yang lain.

Algebra pernah ditanya sebuah soalan oleh seorang komposer terkenal,

Komposer:
Bagaimana Dr. MAZA mengizinkan anda menjadikan puisi-puisi beliau sebagai lagu yang berentak Band(menggunakan mainan muzik bertali)? Sedangkan ada pendapat Ulama' menyatakan mainan muzik bertali ini adalah haram!.
Algebra:


Tidak ada nas atau dalil yang sahih menyatakan begitu. 

Kesimpulannya mudah sahaja, termaktub dalam syariat, apa sahaja perkara yang berunsur melaghakan itu adalah haram, contohnya muzik dan nyanyian. Tetapi apabila ia digunakan untuk Islam yakni berdakwah demi kebaikan, ia menjadi keharusan, contohnya irama Nasyid.

Jadi di sini tidak timbul sama ada sesuatu lagu Nasyid itu menggunakan mainan muzik bertali atau tidak. Paling penting ia mampu memberi impak yang positif dalam menyampai dakwah dan mendidik masyarakat Islam khususnya. Jika ke semua lagu Nasyid dapat dihasilkan dengan baik, sedap dan menarik, ia adalah tidak mustahil dapat menarik golongan bukan Islam terhadap Islam.

Antara track yang termuat dalam album tersebut:
1. Aku bukan musuh harta 
2. Puisi - Inilah politik namanya
3. Aku rela
4. Daerah ini
5. Islam di China
6. Derita hati seorang Bonda
7. Puisi dunia
8. Suara Tajdid Kami
9. Puisi - Salah menduga
10. Yang benar tetap benar

Baiklah saya ingin berkongsi lagu-lagu daripada album Yang Benar Tetap Benar dengan anda sekalian. Ke semua lagu-lagu dalam album tersebut sedap-sedap belaka. Lagu Puisi Dunia agak menarik dan unik, kerana ia mengandungi sedikit unsur Hip-Hop.

Tetapi saya hanya boleh berkongsi dengan anda sekalian hanya sedikit info sahaja, kerana segalanya adalah pratonton semata-mata. Jika anda ingin mendapatkan album tersebut, sila dapatkan di kedai muzik berhampiran anda. Harganya cuma, RM26.90.

Juga boleh mendapatkan secara terus dalam talian di Kedai-Nasyeed.Com. Ingat, beli cd yang tulen bukan cetak rompak. Sokonglah industri nasyid tanahair!

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
26hb Januari 2009
http://adli-abdullah.blogspot.com