Cerpen Mini - Kisah Penguin



Pada suatu hari ada seorang adik yang comel dan bijak. Semua perkara dia ingin tahu. Dan dia tidak segan silu untuk bertanya.

Suatu ketika, semasa dia berada bersama kakak-nya di lapangan terbang, dia bertanya sebuah soalan kepada si kakak:

Adik: Kakak, apa jenis-jenis haiwan yang berada di Kutub Utara?
Kakak: Hmm... Beruang Kutub, Singa Laut, Wolverine, Penguin, Beluga.
Adik: Oh...

Kebetulan, ada seorang pakcik yang merupakan kawan kepada kakaknya, turut berada di situ dan mendengar perbualan mereka.. Secara tiba-tiba si kakak ada hal penting dan terpaksa meninggalkan adik-nya sebentar...

Kemudian pakcik itu menegur si adik dengan berkata:

Pakcik: Adik, Penguin berada di Kutub Selatan..
Adik: Betulkah pakcik?
Pakcik: Iya...
Adik: Oh...

Keesokannya mereka berdua terserempak dengan pakcik itu di tempat lain pula. Secara spontan, si adik memanggil-manggilnya dengan panggilan "Pakcik Penguin!". Si kakak terkejut dengan panggilan pelik yang terkeluar dari mulut adiknya itu.

Lantas si kakak menegur si adik:
Kakak: Adik, kenapa panggil pakcik itu Pakcik Penguin?
Adik: Sebab, semalam pakcik itu beritahu, Penguin berada di Kutub Selatan, bukannya Kutub Utara..
Kakak: Err.....

Si kakak dengan tersengih-sengih cuba menutup kesilapannya dengan berkata:

Kakak: Oh.. Rupanya Penguin dah berpindah ke Kutub Selatan..hehehe...
Adik: Pindah??
Kakak: Iya...
Adik: Kenapa dia pindah?
Kakak: Err... Sebab dia bergaduh dengan beruang kutub..hehehe..
Adik: Kasihan Penguin itu kan kak..huhu..

Mujurlah ada 'Pakcik Penguin' yang berani menegur dan membetulkan fakta ke atas soalan si adik. Jika tidak pasti dia mendapat jawapan yang tidak tepat.

Setelah itu Penguin di Kutub Selatan pun hidup dengan tenang apabila si adik yang comel itu telah mengetahui di mana lokasi mereka sebenarnya...

Sekian....

Moral of the story: Malu bertanya, sesat jalan.. Lain kali, 'Google' saja.. hehehe..

Nota: Plot cerita ini diinspirasi dari sebuah drama Korea, 'Yes Captain'. Namun ianya telah diubahsuai.

Adli Abdullah
25hb Februari 2012
http://adli-abdullah.blogspot.com

- Posted using BlogPress from my iPad


2 ulasan:

  1. tak silap saya, takde binatang pun yang tinggal kat kutub selatan. sebab kutub selatan sangat sejuk no animal can withstand the cold. so, kakak tu betul dan pakcik tu salah.

    BalasPadam
  2. Iye ke?? Macam tak percaya saja kat Kutub Selatan tak ada hidupan hanya kerana suhu terlampau sejuk?. Ada fakta? Jadi cuba fikir, penguin hidup di mana? :)

    BalasPadam