Pada 27hb Julai 2012, bermulalah temasya sukan Olimpik London 2012. Namun saya tidak berapa mengikuti perkembangan sukan Olimpik London 2012, kerana saya bukanlah seorang peminat sukan yang tegar. Tetapi, beberaps hari lepas saya mendapat tahu timbulnya beberapa kontroversi terhadap sukan berkenaan dari Facebook saya.
KONTROVERSI?
1. Sukan Olimpik London 2012 secara kebetulannya berlangsung semasa bulan Ramadhan yang mulia. Lantaran dari itu, beberapa ulama' berbeza pendapat dalam mengeluarkan fatwa berkenaan rukhsah (keringanan) ibadah puasa bagi atlet-atlet Muslim yang menyertainya:
(a). Di Mesir, fatwa telah dikeluarkan mengecualikan atlet dari keperluan untuk berpuasa apabila bersaing.
(b). Manakala Mufti United Arab Emirates, Syaikh Ahmed Abdul Aziz Al-Haddad mengeluarkan fatwa, "Jika seseorang merasakan keletihan melampau, Syari'ah membolehkan beliau untuk berbuka puasa. Syari'ah adalah fleksibel."
Walau bagaimana pun, ianya tidaklah kontroversi mana. Kerana dalam Islam, perbezaan perkara furu' (cabang) adalah perkara biasa. Islam meraikan perbezaan pendapat.
2. Agak mengejutkan, ada pihak tertentu yang mengaitkan 'Pokok Olimpik' (gambar bawah) yang berada di dalam upacara perasmian sukan berkenaan adalah 'Pokok Yahudi' yang disebut dalam hadith Nabi S.a.w. Benar atau tidak andaian mereka, wallahu'alam.
ANCAMAN ILLUMINATI?
Saya mengjangkakan, ianya tidaklah sekecoh mana, kerana saya jarang melihat 'News Feed' Facebook saya. Tiba-tiba saya terlihat 'Timeline' Facebook sahabat saya, blogger Tajdid Dakwah, sdr. Ikmal Johari menyatakan,
"Kan lawak bila orang sibuk pasal ibadah ramadhan, ada juga sebahagian kita yang pergi sibuk cari teori konspirasi dan iluminati..."Beliau berkata lagi,
"Tidak dijumpai akan betulkah itu pokok yahudi yang disebut-sebutkan, muncul pula golongan seperti ini yang declare itulah pokok yahudi..mana reference pun kita tak tau.. Inilah sikap yang terlalu obses terhadap apa-apa yang berkaitan dengan iluminati, yahudi, freemason dll."Ternyata, ada juga segelintir 'Facebooker' yang menggelabah bagaikan Freemasory lebih berkuasa dari Allah Ta'ala. Nauzubillahi min dzalik. Firman Allah SWT,
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (Surah Al-Baqarah: 255)
Namun bukanlah saya mahu menafikan perancangan Yahudi/Zionis untuk menghancurkan Islam! Yahudi/Zionis tidak akan pernah redha dengan Islam. Firman Allah SWT,
Cuma, kita tidak sepatutnya terlalu obses dan paranoid dengan perkara-perkara sebegini. Seolah kita umat Islam ini lemah!
Kemudian terlalu mudah hendak membuat andaian yang bukan-bukan. Sampaikan direka teori, bahawa makanan Melayu pun ada unsur Illuminati? Telur Mata Illuminati, Nasi Lemak Bungkus Illuminati, Ketupat Palas pun Illuminati? Astaghfirullah! Tetapi adakah yang percaya dengan teori mengarut begini? Tentu tidak bukan.
Imam Suhaib Webb ada berkata,
Firman Allah SWT,
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Surah Al-Baqarah: 120)
Cuma, kita tidak sepatutnya terlalu obses dan paranoid dengan perkara-perkara sebegini. Seolah kita umat Islam ini lemah!
Kemudian terlalu mudah hendak membuat andaian yang bukan-bukan. Sampaikan direka teori, bahawa makanan Melayu pun ada unsur Illuminati? Telur Mata Illuminati, Nasi Lemak Bungkus Illuminati, Ketupat Palas pun Illuminati? Astaghfirullah! Tetapi adakah yang percaya dengan teori mengarut begini? Tentu tidak bukan.
Imam Suhaib Webb ada berkata,
"Golongan yang berkonspirasi itu yang lemah!"Benar seperti kata seorang penulis muda & pengasas laman web 'Langit Ilahi' yang sedang memuncak namanya kini, sdr. Hilal Asyraf,
Kadangkala perkara-perkara konspirasi ni, sampai The Awakening Record(lambang dia Piramid) pun dituduh ejen Freemason. Angkat tangan kat dada sikit je, sudah dituduh upacara sembah Tuhan Matahari. Jadi kadangkala, ianya terlalu melebih-lebih.DAKWAH TANGGUNGJAWAB SEMUA
Firman Allah SWT,
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah An-Nahl: 125)
Dakwah adalah tanggungjawab setiap Muslim. Setiap Muslim perlu memainkan peranan dalam menyebarkan suruhan dan larangan Allah SWT serta ajaran Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW,
Ada suatu perkara yang saya agak tertarik, iaitu sebuah badan dakwah di UK, 'Islamic Education & Research Academy' (iERA). iERA, menggerakkan misi-misi dakwah, memberi kesedaran kepada masyarakat Muslim tentang tanggungjawab dakwah, melahirkan pendakwah yang terbaik. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh tonton video berikut.
Paling saya teruja, iERA sedang mencari sukarelawan dari seluruh dunia, demi menggerakkan misi dakwah dan menyampaikan mesej Islam kepada ratusan ribu orang di temasya Olimpik London 2012 pada 4hb Ogos ini!
Dan agak menarik pada tahun 2010, di kala umat Islam terguris hati, geram dan marah terhadap kempen 'International Burn a Koran Day' yang dirancang oleh sebuah gereja di Florida, iERA bertindak balas terhadap isu berkenaan dengan berdakwah di jalanan, berdailog dengan paderi, dan mengedarkan buku-buku yang mengandungi ayat-ayat tertentu dari Al-Quran kepada non-Muslim. Saya benar-benar kagum dengan usaha mereka!
Mari kita dengar apa kata Imam Suhaib Webb tentang 'Konspirasi Freemasory/Illuminati'?
Justeru, tidak perlu buang masa hanya sibuk mencari konspirasi Freemason/Illuminati. Tetapi sama-samalah kita bermuhasabah diri, fikir apa yg kita dah lakukan untuk agama kita Islam? Bagaimana cara hidup kita sebagai Muslim, masih mengagung-agungkan selebriti-selebriti barat atau tidak, dan juga budaya hedonisme(hiburan melampau)? Dan bagaimana kita mendidik anak-anak kita?
Namun bukanlah saya merasa diri ini sudah cukup hebat kerana berkhidmat bersama NGO Islam. Tidak sama sekali! Apalah sangat sumbangan saya yang hanya berlegar di alam maya, jika hendak dibandingkan dengan jasa dan sumbangan dengan para pejuang-pejuang Islam yang lain. Saya masih teringat kata-kata Along saya,
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.
Sekian,
Wallahu'alam.
Adli Abdullah
3hb OGOS 2012
http://adli-abdullah.blogspot.com
Sabda Nabi SAW,
"Sampaikan dariku walau satu ayat." (Hadith riwayat Al-Bukhari)Namun, berdakwahlah dengan 'ilmu. Sebagai Muslim, mencari 'ilmu itu adalah wajib. Kerana umat Islam adalah umat 'Iqra'.
Ada suatu perkara yang saya agak tertarik, iaitu sebuah badan dakwah di UK, 'Islamic Education & Research Academy' (iERA). iERA, menggerakkan misi-misi dakwah, memberi kesedaran kepada masyarakat Muslim tentang tanggungjawab dakwah, melahirkan pendakwah yang terbaik. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh tonton video berikut.
Paling saya teruja, iERA sedang mencari sukarelawan dari seluruh dunia, demi menggerakkan misi dakwah dan menyampaikan mesej Islam kepada ratusan ribu orang di temasya Olimpik London 2012 pada 4hb Ogos ini!
Dan agak menarik pada tahun 2010, di kala umat Islam terguris hati, geram dan marah terhadap kempen 'International Burn a Koran Day' yang dirancang oleh sebuah gereja di Florida, iERA bertindak balas terhadap isu berkenaan dengan berdakwah di jalanan, berdailog dengan paderi, dan mengedarkan buku-buku yang mengandungi ayat-ayat tertentu dari Al-Quran kepada non-Muslim. Saya benar-benar kagum dengan usaha mereka!
"Quran bukan untuk dibakar, tapi untuk dikaji!"MUHASABAH DIRI
Mari kita dengar apa kata Imam Suhaib Webb tentang 'Konspirasi Freemasory/Illuminati'?
Justeru, tidak perlu buang masa hanya sibuk mencari konspirasi Freemason/Illuminati. Tetapi sama-samalah kita bermuhasabah diri, fikir apa yg kita dah lakukan untuk agama kita Islam? Bagaimana cara hidup kita sebagai Muslim, masih mengagung-agungkan selebriti-selebriti barat atau tidak, dan juga budaya hedonisme(hiburan melampau)? Dan bagaimana kita mendidik anak-anak kita?
Namun bukanlah saya merasa diri ini sudah cukup hebat kerana berkhidmat bersama NGO Islam. Tidak sama sekali! Apalah sangat sumbangan saya yang hanya berlegar di alam maya, jika hendak dibandingkan dengan jasa dan sumbangan dengan para pejuang-pejuang Islam yang lain. Saya masih teringat kata-kata Along saya,
"Cabaran berdakwah di alam maya tidaklah sehebat cabaran berdakwah di luar sana!"Oleh itu, kembalilah merujuk kepada al-Quran dan Sunnah serta applikasikan dalam seluruh kehidupan kita, dari situ dapat menjana kekuatan ummah. InshaAllah.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.
Sekian,
Wallahu'alam.
Adli Abdullah
3hb OGOS 2012
http://adli-abdullah.blogspot.com