Aidiladha 1429 Hijrah


Nampaknya raya Aidiladha kali ini lebih meriah dari raya Aidilfitri pada bulan Syawal lalu. Kerana pada hari ini semua kekanda-kekanda saya pulang ke kampung untuk beraya bersama saya, mak dan juga ayah.

Berbeza dengan perayaaan Aidilfitri lalu, kerana di ketika itu semua kekanda-kekanda saya giliran beraya bersama mertua masing-masing. Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira.


Baiklah, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh muslimin muslimat terutamanya yang mengenali diri saya yang kerdil ini.

Marilah kita bersama-sama menghayati ketabahan, kesabaran, keikhlasan dan juga pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS sebagai inspirasi buat kita semua agar menjadi hamba yang taat dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Insha-Allah.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
6hb Disember 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com

Mengecilkan Applikasi Windows


Kali ini saya ingin membicarakan mengenai sebuah perisian yang saya terjumpa baru-baru ini. Iaitu AppCompactor. AppCompactor di perkenalkan oleh John T.HallerIa  memadatkan atau mengecilkan apa sahaja aplikasi windows, lebih kurang 10-30%.

Kalian boleh memilih pelbagai jenis pemadatan (compression). Ia boleh berfungsi terus dari thumb drive/flash drive atau dari external storage. Saya mengesyorkan perisian ini kepada para pengguna laptop atau desktop yang mempunyai storage/simpanan yang kecil. Ia akan menjadikan komputer kalian kekal mudah alih.

Oleh itu, jika kalian ingin muat turunnya, sila klik di sini.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
5hb November 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com

Teman Sepermainan Melangkah Ke Gerbang Penikahan!

Zaid sangat tenang

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat pengantin baru kepada teman sepermainan saya sewaktu kecil.

Mohd Zaid Harithah Abd. Rahman adalah seorang guru di Kor Pendidikan, Kementerian Pertahanan. Beliau adalah sahabat karib/sepupu saya. Pejam celik pejam celik, kami sudah melangkah ke alam dewasa dan mempunyai haluan hidup masing-masing. Zaid sudah pun menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Walau apa yang terjadi, kami akan sentiasa menjaga persahabatan kami. Itulah janji kami berdua. Cincang air tak akan putus.

Pada 24 Oktober 2008 yang lalu, berlangsungnya majlis pernikahan beliau. Beliau bernikah dengan orang Pahang. Tetapi saya tidak berpeluang untuk hadir di hari pernikahan tersebut, atas sebab-sebab tertentu. 



Ibu pengantin lelaki terharu

Begitu juga pengantin perempuan

Walau bagaimana pun  di hari berikutnya saya tetap datang ke Pahang demi menghadirkan diri pada majlis keraiaan beliau di rumah pihak pengantin perempuan. Demi sahabat karib, saya tetap mengagahkan diri. 

Bagai pinang di belah dua


Sebahagian daripada rombongan pengantin lelaki

Abang Ngah dan Imtiyaz

Hantaran sebelah pihak lelaki (jika tidak silaplah)

Hantaran sebelah pihak perempuan

Malangnya saya tiba agak lewat, lebih kurang pada jam 2 petang. Setibanya di sana, saya dimarahi oleh Abang Long saya, marah-marah sayang. hehe. Zaid sudah naik angin, kerana pihak perempuan sudah bising, rombongan pihak lelaki (Zaid) masih belum sampai. Mereka sudah lama menunggu. Kami benar-benar tidak tahu dan tidak menyangka Zaid menunggu kami untuk mengiringi beliau ke rumah pihak pengantin perempuan. Apa yang saya tahu, hanya untuk menghadirkan diri sahaja.

Lantas saya memberikan penjelasan pada Abang Long. Setelah saya memberikan penjelasan yang terperinci. Akhirnya Abang Long tahu, bahawa saya tidak bersalah. Maka, siapakah yang bersalah di atas kelewatan rombongan pengantin lelaki? Persoalan yang tidak mudah untuk dirungkai. Lalu Abang Long berkata, "Ini adalah kerana kegagalan komunikasi." Maknanya komunikasilah yang patut dihukum. hehe. 

Itulah asam garam kehidupan. Hidup ini tak lari dari masalah. Perselisihan faham boleh berlaku di antara sesama insan, terutamanya dalam hubungan rumah tangga dan juga kekeluargaan. 

Begitu juga hubungan adik beradik. Saling menuding jari di antara satu sama lain, tidak akan menyelesaikan masalah. Bahkan akan lebih mengeruhkan keadaan. 

Namun apa yang penting kita harus bijak menanganinya. Kita harus berfikiran rasional dan positif. Tetapi jika sebaliknya, salah yang kecil pun boleh menjadi besar, yang besar apatah lagi.

Oleh itu jika anda ingin melakukan apa jua majlis, pastikan membuat perancangan yang teliti. Dan pastikan tidak berlaku kegagalan komunikasi. Jika tidak, akan menimbulkan suatu keadaan yang tidak baik.   

Apa pun, saya tetap amat gembira untuk Zaid. Insha-Allah pada 8hb November ini pula akan berlangsungnya majlis keraiaan di rumah pihak pengantin lelaki (Zaid).

Apa yang saya harapkan, semoga Zaid bahagia bersama Fadhilah dan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Jika mereka ada masalah, tidak kiralah sama ada kecil atau besar sekali punmudah-mudahan mereka dapat mengatasinya dengan matang dan bijaksana.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
1hb November 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com

Luahan, Ucapan, Kemaafan Dan Doa


Ramadhan telah melangkah pergi meninggalkan kita, Syawal pula menjelma. Ingin saya menyatakan perasaan saya pada penghujung Ramadhan. Entah mengapa tiba-tiba sahaja hadir suatu perasaan yang aneh pada diri saya. Seketika sedih, seketika gembira (unstable emotion). Saya bersedih kerana Ramadhan telah sampai ke penghujungnya. Berakhirlah sudah bulan ibadah, bulan seribu bulan, bulan rahmat dan bulan keampunan. Dapatkah saya bertemu Ramadhan akan datang?

Sedih itu juga kerana hari raya pertama pada tahun, ini saya tidak berpeluang beraya bersama kekanda-kekanda saya. Satu sahaja harapan saya pada Allah SWT, mudah-mudahan segala amalan baik diterima dan dihapuskan segala amalan buruk.

Tetapi selepas itu perasaan gembira pula hadir, kerana saya tahu mereka akan pulang jua pada raya kedua dan ketiga. Dan juga gembira kerana di hari itu saya dapat berkumpul bersama-sama keluarga tercinta. Mungkin juga perasaan yang tidak stabil tersebut timbul kerana saya kurang sihat pada ketika itu. Alhamdulillah, hari ini saya kembali ceria kerana Uda telah pulang dan juga saya telah kembali sihat.

Oleh itu hargailah keluarga kalian selagi mereka masih ada terutamanya bonda dan ayahanda kalian. Dan saya ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan dan para pembaca blog saya.

Raikan hari raya dengan penuh kesyukuran dan raikanlah dengan warna-warna keceriaan. Maafkan sayakerana lambat membuat ucapan, dan maafkan segala salah silap saya dalam berbicara.

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan di terima Allah. Dan semoga anda bergembira di hari raya.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
30hb September 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com

Repeated History On Ramadhan

Sumber: Google


I want to talk about common experience that every married person will face it, miscarrieged. Yesterday on 3rd of Ramadhan, i've received a quite bad news. My sister in law, Kak Long got miscarrieged. When i got that news, i felt sad. And i knowed the first person should be sad is Abang Long. Because if this thing not happened it will be Abang Long's no 4th baby. 
And next year i will have 11 nephew/niece. But, as a muslim we must accepted for everything that was happened. Now i'm redha, because there is hikmah beyond that. Only Allah's know what is the best for us. But it's okay because this year if Allah's will, i will have new nephew/niece from my sister, Uda. May God bless Uda. InsyaAllah. So i want to share about miscarrieged, for the good reason. Also to educate and precaution for future mom and dad.

Here what i found in Google:

Understanding miscarriage

Miscarriage is heartbreaking. It might help to understand possible causes and treatment options, as well as what to expect for the future.
Miscarriage is a relatively common experience — but that doesn't make it any easier. Ending a pregnancy without a baby to hold in your arms is heartbreaking. Take a step toward emotional healing by understanding what can cause a miscarriage, what increases the risk and what medical care might be needed.

What is a miscarriage?

Miscarriage is the loss of a pregnancy without obvious cause before the 20th week. About 15 percent of known pregnancies end in miscarriage, according to the American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG). But the actual number is probably much higher because many miscarriages occur so early in pregnancy that a woman doesn't even know she's pregnant.
Most miscarriages occur before the 12th week of pregnancy. Signs and symptoms include:
  • Vaginal spotting or bleeding
  • Pain or cramping in your abdomen or lower back
  • Fluid or tissue passing from your vagina
Keep in mind that spotting or bleeding in early pregnancy is fairly common. In most cases, women who experience light bleeding in the first trimester go on to have successful pregnancies. Sometimes even heavier bleeding doesn't result in miscarriage.

What causes miscarriage?

Most miscarriages occur because the fetus isn't developing normally. Problems with the baby's genes or chromosomes are typically the result of errors that occur by chance as the embryo divides and grows — not problems inherited from the parents.

In a few cases, a mother's health condition — such as uncontrolled diabetes, thyroid disease, infections, blood-clotting problems, or problems with the uterus or cervix — may lead to miscarriage.

Routine activities — such as exercising, having sex, working or lifting heavy objects — can't provoke a miscarriage. Nausea and vomiting in early pregnancy, even if it's severe, won't cause a miscarriage. And a fall or other injury is unlikely to cause a miscarriage, unless the injury is serious enough to threaten your own life.

What increases the risk of miscarriage?

Various circumstances increase the risk of miscarriage, including:
  • Age. Women older than age 35 have a higher risk of miscarriage than do younger women. Paternal age also may play a role. In a 2006 study, women whose partners were age 40 or older had a higher risk of miscarriage than did women whose partners were younger than age 25.
  • Previous miscarriages. The risk of miscarriage is higher in women with a history of two or more previous miscarriages. After one miscarriage, your risk of miscarriage is the same as that of a woman who's never had a miscarriage.
  • Chronic conditions. Women with certain chronic conditions, such as diabetes or thyroid disease, have a higher risk of miscarriage.
  • Uterine or cervical problems. Certain uterine abnormalities or a weak or unusually short cervix may increase the risk of miscarriage.
  • Smoking, alcohol and illicit drugs. Women who smoke or drink alcohol during pregnancy have a greater risk of miscarriage than do nonsmokers and women who avoid alcohol during pregnancy. Illicit drug use also increases the risk of miscarriage.
  • Caffeine. The evidence linking caffeine consumption and miscarriage is inconclusive. Because of the unknowns, your doctor may recommend avoiding caffeine during the first trimester and limiting the amount of caffeine you drink to less than 300 milligrams a day during the second and third trimesters.
  • Invasive prenatal tests. Some prenatal genetic tests, such as chorionic villus sampling and amniocentesis, carry a slight risk of miscarriage.
Can miscarriage be prevented?

In the vast majority of cases, there's nothing you can do to prevent a miscarriage. Simply focus on taking good care of yourself and your baby. Seek regular prenatal care, and avoid known risk factors — such as smoking and drinking alcohol. If you have a chronic condition, work with your health care team to keep it under control.

Preliminary research suggests that treatment with aspirin or another blood thinner to prevent blood clots may improve the chances of a successful pregnancy for women with unexplained recurrent miscarriages. If you've had three or more miscarriages without an identifiable cause, ask your doctor if this might be an option for you.

How is miscarriage diagnosed?

If you have signs or symptoms of miscarriage — such as vaginal bleeding or pain or cramping in your abdomen or lower back — consult your doctor promptly. He or she may do a pelvic exam to see if your cervix has begun to dilate. The doctor may use ultrasound to check for a fetal heartbeat and determine if the embryo is developing normally. You might need blood or urine tests as well.

If you're bleeding but your cervix hasn't begun to dilate, you're having a threatened miscarriage. Such pregnancies often proceed without any further problems. If you're bleeding, your uterus is contracting and your cervix is dilated, the miscarriage can't be stopped. This is known as an inevitable miscarriage.

What are the treatment options for miscarriage?

If you're having a threatened miscarriage, your doctor may recommend resting until the bleeding or pain subsides. You may be asked to avoid exercise and sex as well. It's also a good idea to avoid traveling — especially to areas where it would be difficult to receive prompt medical care.

In the case of an inevitable miscarriage — or after a miscarriage occurs — you may have various treatment options.
  • Expectant management. If an ultrasound reveals a miscarriage before you have any signs or symptoms, you may choose to let the miscarriage progress naturally. Usually this happens within a few weeks of determining that the embryo has died.
  • Medical treatment. If a miscarriage is inevitable and you'd prefer to speed the process, medication can cause your body to expel the pregnancy tissue and placenta. Although you can take the medication by mouth, your doctor may recommend applying the medication vaginally to increase its effectiveness and minimize side effects, such as nausea, vomiting, cramping and diarrhea. The miscarriage will likely happen at home. The specific timing may vary.
  • Surgical treatment. If your cervix is dilated and you're bleeding or in pain — or you've had a miscarriage but some of the pregnancy tissue or placenta remains in your uterus — you may need a minor surgical procedure called dilation and curettage (D and C). During this procedure, the doctor dilates your cervix and gently suctions the tissue out of your uterus. Sometimes a long metal instrument with a loop on the end (curet) is used after the suction to scrape the uterine walls. Complications are rare, but may include damage to the connective tissue of your cervix or the uterine wall.
How long does it take to recover from miscarriage?

Physical recovery from miscarriage may take only a few hours, depending on how long you were pregnant. Expect your period to return within four to six weeks. In the meantime, call your doctor if you experience heavy bleeding, fever, chills or severe pain. These signs and symptoms could indicate an infection.

Emotional healing may take much longer. Miscarriage is a heart-wrenching loss. Your emotions may range from anger to despair. Give yourself as much time as you need to grieve the loss of your pregnancy. You'll never forget your baby, but in time acceptance may ease your pain.

When is it safe to try again?

It's possible to become pregnant during the menstrual cycle immediately after a miscarriage. But if you and your partner decide to attempt another pregnancy, make sure you're physically and emotionally ready. Your doctor may recommend waiting at least one menstrual cycle, if not longer.

If you experience multiple miscarriages, consider testing to identify any underlying causes — such as uterine abnormalities, immune system problems or hormone imbalances. If the cause of your miscarriages can't be identified, don't lose hope. Even without treatment, the ACOG reports that about 60 percent to 70 percent of women with repeated miscarriages go on to have successful pregnancies.

That's all,

Allahu'alam.

Adli Abdullah
4hb September 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com

Strategi Perniagaan Unta Abdul Rahman Bin Auf

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya...

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual "tali pengikat unta". Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Hebat!

Strategi ini walaupun telah dilakukan pada zaman 
Rasulullah, kalau di lihat zaman ini, banyak perniagaan menggunakan kaedah yang sama. Air Asia adalah antara yang menggunakan kaedah ini. Cuba fikirkan bagaimana Air Asia mengenakan tambang rendah (ada yang pada RM0), dan mengenakan bayaran pada produk dan perkhidmatan lain. Hmmm... nampaknya kaedah Air Asia bukanlah kaedah yang baru :)

Sumber: RahsiaInternet

Pesanan CD Hijjaz



Setelah hampir 2 minggu lebih saya menunggu Cd Hijjaz - Selawat Nabi yang dipesan terus menerusi laman web Hijjaz Records. Alhamdulillah, akhirnya cd tersebut tiba jua pada Khamis lepas. Lega rasanya. Masa belum sampai, risau juga. Iyalah, sebab sudah dibayar.

Pada pandangan saya, album tersebut memang syok, terutamanya lagu Allahummasolli. Apa yang bagusnya, ia dapat memupuk rasa kecintaan pada Nabi SAW. Apabila saya dengar lagu-lagu tersebut, rasa bersemangat untuk selalu berselawat padanya. 

Jika anda inginkan mendengar lagu-lagu tersebut, dapatkan dipasaran. Pastikan Yang Original. Lebih mudah dapatkan menerusi online Hijjaz Records.

Kepada sesiapa yang jenis memang payah benar nak berselawat, ini adalah diantara caranya. In Shaa Allah, ia pasti akan membangkitkan rasa kasih dan kecintaan yang mendalam terhadap Nabi SAW.

Adli Abdullah
31hb Ogos 2008

Perisian Dvd Ripper


Kali ini saya ingin membicarakan mengenai Perisian Dvd Rip. Fungsinya adalah untuk rip wayang Dvd ke dalam PC. Setelah sekian lama saya mencari dan terus mencari, akhirnya saya menemui sebuah Perisian Dvd Rip iaitu Xilisoft DVD Ripper Ultimate 5. Ianya sangat mudah digunakan. Kebiasaannya anda hanya perlu pilih untuk rip adalah fail track_01, track_02. Manakala fail yang selebihnya tidak perlu. Kalian boleh memilih untuk rip kepada berbagai jenis format, seperti ASF, AVI, DIVX Movie, MOV - Quicktime, MP4, MPEG-1 Movie, MPG-2 Movie, MPEG-4 AVF Video dan lain-lain lagi.

Tetapi saya syorkan memilih format DIVX Movie atau MP4. Kerana saiznya jauh lebih kecil daripada saiz asal Dvd dan juga berkualiti, iaitu 2.00 Gb ke bawah. Seterusnya anda boleh memilih kualiti video dan audio yang anda inginkan. Akhir sekali kalian perlu memilih sarikata dalam bahasa yang dikehendaki. Dan lepas itu terus saja rip dengan klik Butang Merah. Itu sahaja yang perlu dibuat. Sekiranya anda inginkan perisian tersebut, anda boleh muat turun atau membelinya menerusi Download.Com/Xilisoft-Dvd-Ripper. 

Insan seperti saya memang memerlukan perisian sebegini. Kerana apa, saya jarang sangat membeli wayang Dvd. Dan kebiasaannya saya teramat suka pinjam wayang Dvd daripada abang long saya. Aduhai. Kemudian, saya terus rip ke dalam PC saya. Ada kalanya saya suka juga menyalin wayang yang di muat turun dari laptop abang lang saya. Jika ada masa terluang, dan di kala waktu sambungan internet saya bagus, saya lebih suka muat turun dari internet. Baiklah, nanti kalian cubalah perisian tersebut. Sangat bagus dan mudah.

Untuk memainkan fail video DIVX Movie, pastikan PC anda mempunyai Codec. Ada berbagai jenis Codec, seperti XPCodec, K-Lite Mega Codec, Vista Codec dan lain-lain lagi. Kalau K-Lite Mega Codec boleh di muat turun dari Download.Com/K-Lite Mega Codec.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
15hb Ogos 2008
http://adli-abdullah.blogspot.com