'Andai
ku menjadi seorang novelis, akan ku jadikan novel sebagai hantaran.'
Haha. Sekadar ingin membangkitkan semangat.
Tetapi agak mendukacitakan, novel sulong saya, mungkin
kelewatan siapnya. Mungkin setahun atau lebih. Kerana Blackberry (BB) saya
menghadapi kesulitan. Mungkin kalian kehairanan, apa kaitan Blackberry dengan
penulisan novel??
Maka saya ingin berkongsi rahsia penulisan
bagi golongan insan kelainan upaya (IKU) seperti saya semenjak masalah saraf
yang dialami makin memuncak. Sebenarnya, apabila saya ingin menghasilkan
penulisan yang panjang berjela-jela, saya akan menaip dengan menggunakan BB. Sebab,
hanya sebelah tangan saya sahaja yang boleh bertahan lama untuk menaip
berjam-jam lamanya, iaitu ibu jari tangan kanan.
Setelah siap, saya akan pindahkan ia ke dalam 'cloud' seperti Google Drive supaya boleh diakses melalui laptop mahu pun tablet. Ketika itu barulah tangan kiri boleh digunakan untuk melakukan penyuntingan artikel dan menulis apa jua penulisan yang pendek dengan menggunakan laptop atau tablet. Apabila menggunakan tangan kiri, saya terpaksa menggunakan jari hantu atau jari telunjuk. Tetapi ia akan kesakitan dan kebas jika menaip penulisan yang agak panjang. Jika ada yang masih tidak mengetahui mengenai masalah kesihatan saya, sila baca artikel 'Buka Jahitan Setelah Seminggu Biopsi'.
Setelah siap, saya akan pindahkan ia ke dalam 'cloud' seperti Google Drive supaya boleh diakses melalui laptop mahu pun tablet. Ketika itu barulah tangan kiri boleh digunakan untuk melakukan penyuntingan artikel dan menulis apa jua penulisan yang pendek dengan menggunakan laptop atau tablet. Apabila menggunakan tangan kiri, saya terpaksa menggunakan jari hantu atau jari telunjuk. Tetapi ia akan kesakitan dan kebas jika menaip penulisan yang agak panjang. Jika ada yang masih tidak mengetahui mengenai masalah kesihatan saya, sila baca artikel 'Buka Jahitan Setelah Seminggu Biopsi'.
Sesiapa yang mengenali dan biasa bertemu
dengan saya, mungkin akan perasan bahawa saya sering mengetip papan kekunci di
BB saya. Maka, diharap tiadalah yang salah sangka akan perbuatan yang sedang
saya lakukan ketika itu.
Walau bagaimana pun menulis dengan BB
tetaplah kesulitan akan dihadapi. Iaitu kesulitan untuk mengira jumlah muka
surat kerana menaip hanyalah dengan menggunakan applikasi Nota. Tambahan pula butang navigasinya sedikit rosak atau pun sudah degil dan keras kepala! Menulis novel
untuk dibukukan mestilah kena mengira setiap helaian muka surat bagi menepati
piawaian penulisan pihak penerbitan. Jika menulis artikel, saya tidak perlu
memikirkan soal muka surat, kerana ianya boleh ditulis ikut sesuka hati dan
sesedap rasa.
Justeru itu, mungkin saya kena mohon jasa
baik abang angkat saya yang dikasihi, Abang Munif Hijjaz agar boleh beri saya
masa yang panjang untuk menyiapkan novel saya itu. Kerana beliaulah insan yang
menawarkan saya agar menghantar novel kepada pihak penerbit, Hijjaz Records
Publishing (HRP) untuk diterbit dan diedarkan.
Seterusnya, saya ingin memohon seribu
kemaafan andai ada yang sudah ternanti-nanti dan sudah tidak sabar menantikan
novel saya berada di pasaran jika ia berjaya diterbitkan.
Oleh itu, jika ada rezeki saya terpaksa
mencari solusi bagi menggantikan BB saya. Saya juga ingin menyarankan bagi
penulis/blogger tegar dan juga pengendali media-media baru jika ingin memilih
telefon pintar, jangan terpikat dengan BB. Tetapi pilihlah Android mahu pun
Apple yang mempunyai applikasi untuk menghasilkan dokumen.
Sesungguhnya, jalan untuk mendaki puncak
jaya, memang berliku-liku dan perit jalannya. Namun, ingatlah janji ALLAH
Azzawajalla, "Sesudah kesulitan ada kemudahan." Apa yang penting, usah
berputus asa dalam perjuangan demi meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Tiada
apa yang akan datang bergolek jika tanpa usaha yang gigih. Kerana ALLAH tidak
akan ubah nasib setiap hambaNya jika ia sendiri tidak ingin berubah.
Sekian,
Wallahu'alam.
Adli
Abdullah
17hb
Jun 2013
http://adli-abdullah.blogspot