Berkira-kira Mengisi Borang Baitul Muslim



Semakin saya dewasa, semakin membuak-buak keinginan untuk memiliki seorang isteri seperti insan-insan lain. Lebih-lebih lagi apabila melihat ramai sahabat-sahabat telah pun bernikah. Kerana jika tidak bernikah, ke manakah hendak disalurkan nafsu ingin berpasangan? Sama sekali tidak dengan perbuatan-perbuatan zina secara fizikal, zina mata (pornografi) mahu pun zina hati! Kerana zina adalah suatu perbuatan terlarang dan terkeji. Bahkan ALLAH SWT menegah hamba-hambaNya daripada menghampiri zina, seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Isra' ayat 32,
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
Manakala jika tidak mampu untuk bernikah, hendaklah berpuasa, dengan sabda Nabi SAW dalam hadith Al-Bukhari, “Wahai anak muda, bernikahlah. Sesiapa yang mampu, bernikahlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk bernikah hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu).” Namun, bagi yang tidak mampu berpuasa, umpamanya yang tidak mampu untuk sering berpuasa sunat, maka saya merasakan mungkin lebih baik bernikah. Lantaran itu, saya telah pun mendaftar diri menjadi ahli Baitul Muslim (BM). Cuma borang jodoh belum diisi, kerana saya berasa ragu-ragu dan terfikir, wujudkah gadis masa kini yang ingin hidup dengan jejaka OKU??

Walau bagaimana pun, berdasarkan realiti, wujudnya kisah yang sebegitu. Khabarnya seorang pakar motivasi dan penulis OKU terkenal yang kudung kaki dan tangan, Nick Vujicic telah pun berumah tangga. Tetapi sedarnya diri saya ini bukanlah OKU sehebat beliau. Masih banyak matlamat saya dalam dunia sastera yang belum tercapai,

Oleh itu, seandainya borang jodoh diisi, ia hanyalah sebagai usaha setelah puas berdoa agar dipertemukan jodoh. Setelah itu barulah wajar untuk berserah. Kerana, tiada penyerahan tanpa didahului dengan doa dan usaha. Namun, tidak akan dimasukkan butiran diri yang indah-indah belaka. Tetapi cukuplah dinyatakan butiran diri yang sebenar. Sudi atau tidak, terpulanglah.

Sekian,

Wallahu'alam.

Adli Abdullah
23hb Ogos 2013
http://adli-abdullah.blogspot.com

4 ulasan:

  1. As-salam Adli. Setiap yang bernama hamba Allah pasti ada kekurangan dan kelebihan. Berikhtiar dan bertawakkal dalam soal jodoh. Kak Ain doakan agar Adli mendapat jodoh yang terbaik. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Kak Ain. Betul tu kak.. ALLAH itu Maha Adil.. Ameen.. Ribuan terima kasih di atas doanya kak.. Dan terima kasih juga kerana sudi bertandang ke blog saya.. :)

      Padam
    2. Salam wbt.

      Moga Allah permudahkan.
      Yakin dengan setiap aturanNya, Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat diri.
      :)

      Padam
    3. Wa'alaikumussalam Wbt, ya ukhti.

      Allahumma ameen.. Jazakillah.. Benar.. Tawakkal akan segala ketentuanNya.. :)

      Syukran sudi ziarah blog saya saya yang tidak seberapa ini.. :)

      Padam